Thursday, September 27, 2012

wahai bakal imamku, temanku

assalamualaikum

kenapa makin banyak masalah yang berlaku, erm.. aku da penat la dengan semua ni. boleh x aku stop. aku x ley lagi nk sembunyikan perasaan ni. arghhhhh. nk menjerit je. kadang2 terfikir, nape die cari aku, kenapa bukan perempuan lain. erm.. aku da xtau nk cakap pe. aku da xnk tau sal laki lain. tapi aku tau.. kena pksal die jga. sebb tu adalah kewajipan aku nt.. 

tapi kawan aku selalu ingat kan aku, semua ni ade hikmah. sampai bile aku kena bersabar.. erm.. aku da penat mengalirkan air mata sebenar nya. aku x mengadu kat ko kawan  ku. biarkan aku tanggung sendiri.. aku da malu nk berkongsi masalah dgn kawan aku.. erm.. maaf sesangat

wahai bakal imamku, maafkan diri ini, kerana x mampu untuk menerima mu dengan seikhlas hati.. bukan kerana rupa mu, bukan kerana harta mu.. tetapi kerana hati ku yang telah mempunyai org lain.. maaf.. aku mohon agar kau memahami aku, membawa aku ke jalan yang lurus.. aku mohon agar kau memaafkan aku.. 

wahai diri,, berubahlah untuk masa depan mu, untuk agama mu, untuk bakal mujahid mujahidah mu.. bangun la dari mimpi mu.. -_- 

wahai teman ku, terima kasih kerana sentiasa ade di sisi ku,, 

Monday, September 24, 2012

MAAF

assalamualaikum.. 

selamat pagi alls. korang hepi x hari ni. semoga hepi selalu ye.. 

sebenar nya, aku keliru sangat.. erm. lau nk menghitung hari.. memang x lame da kan.. semakin dekat ni.. aku semakin keliru.. ape yang aku buat ni, betul ke.. mampu ke aku nk bahagiakan org.. erm.. 

ok.. adakah aku menipu diri aku.. adakah aku menipu mereka semua. erm. aku semakin keliru.. bahagiakah aku dengan keputusan aku.. 

macam mane ni.. macam mana nk kuat kan diri.. 

ya Allah.. kuatkan hati hamba Mu ini.. maafkan sy semua.. erm.. 

Tuesday, September 18, 2012

kawan oh kawan. hepi suda

salam peeps. 

apa khabar ye korang semua. hope la sangat korang sihat sokmo.. ke guane?
aku ngan release tension ni.. duk menelaah mikroekonomi ni.. x faham2 juga. guane yek nak jawab sok.. adoi la.. hehe.. jannah. jannah. mengeluh plak. 

sebenarnya, tengah study td, tetiba aku teringat aku ber"text" dgn exboy aku skarang kami da jadi kawan. hoho..nampak tak di sini aku sangat2 bahagia. macam nak melompat pn ada. sebab kan, aku ley juga tahu die sihat ke x? macam mane die sekarang. tengok tu. aku ni memang camni la kan. nampak je kt luar macam  x da pa pe da. tp sebenarnya. ade perasaan y tersembunyi.. aceceh.. pandai plak aku ni kan. tapi tu la realiti nye.. 

permulaan ceghita nya.. die text aku. erk. macam nk tersembul mata aku, macm nk keluar jantung aku tgok die text aku. ahai. mana x nye.. lama aku dengar cerita die, x terpikir y die akan text ak.. mula2 tu kan aku macam x nk balas, aku takut ni melukakan aku lg. tp.. aku x ley lari dari semua ni. die text aku bukan bertujuan jahat, bukan bertujuan nk kenakan aku. hopelly la.. die cuma minta no akaun ak, coz nk pulangkan balik duet.. btw, ak x kisa. tapi kan. aku xnk 1 ari nanti aku mengungkit, lebih baik aku terima je.. aku xnk die y tanggung dosa lak.. x elok kan. 

tapi ayat die membuat kan aku teringat zaman dulu. amboi. macm da berzaman je stori ni. dia buat aku terharu. sebab die ckp dia bahagia dengan aku.. omai.. aku x pernah bahagiakan die.. seriously. aku selalu buat die kecewa. but, die cakap aku selalu memahami dia.. aku rasa sangat la bahagia. hoho.. aish jannah.. jangan.. die da berpunya kot.. diri sendiri x sedar ke nk kawin. tapi tu la kan.. kalau kita da sayang. x kisa la die dengan sapa. yang penting die sentiasa bahagia. x pernah sedih. 

serius aku cakap, kalau die sedih sebb awek die, aku memang cari awek die.. maaf la. aku xnk da die terluka.. sebab die selalu buat aku bahagia tau..  

aku ni bercerita,, lau die bace macam mane.. ala.. x kisa la tu. y ptg aku ley luahkan kat sini. x la aku nk pendam sesorang je.. 

kalau awk terbaca entry ni kan, maafkan sy wak. sebb saya sebenarnya hepi sgt tau.. terima kasih sangat,, sebab masih lagi nk berkawan ngn saya. saya x ley tipu diri sy la.. sy cuba juga la buat2 lupa semua tu.. tapi, msti ingat. cuma sy doakan awk bhgia. 

ok la.. sebenarnya. motifnya aku nak cakap. aku bahagia.. tu je. hehe.. ok x. haha ^-^

Friday, September 14, 2012

susah ke senang bertunang?

assalamualaikum..

alhamdulillah, masih berkesempatan untuk menaip. maaf lah, baru ade idea. susah lah, idea ni asyik lari je. hehe. entah kemana idea ni menghilang. 

ops, lupa, korang semua ape cerita, harap semua sihat k. x mau la skit2 ni. aku je la yang x berapa sihat, tapi gagah nak menaip, bgus x? :)

waittt..........
 aku nak tanya ni, adakah bertunang tu senang?
  soalan ape ni?
mengarut je.. 

sebenar nya aku nak bagitahu korang, bertunang ni susah lah. macam2 kena fikir tau. nak buat sesuatu perkara kena fikir hati org, perasaan orang. memang susahkan?
nak jaga hati sendiri pun belum tentu boleh. 
uhhh.. patutlah orang tua marah sangat bertunang lama ni. macam2 boleh berlaku. kita x tau sebenarnya, 

so, sape2 yang berkapel tu, better korang nikah je, tunang sehari pn ok jgak.. xyah la lame2. nanti jadi macam aku, serabut kepala. nak fikir study lagi. rasa macam nak lari je tau. but, aku kena fikir, lau lari pn masalah xkan pernah selesai. so, pandai2 la selesaikan dengan cara yang elok2.

pada sesiapa yang lebih kurang sama je status die dengan aku ni, korang kena banyak bersabar.
banyakkan berdoa dan solat hajat. semoga segala urusan dipermudahkan. dan semoga berbahagia hingga ke syurga. nasihat untuk diri sendiri juga ni.. 

ok lah. tu je nak bagitau. heheh.. good luck tau korang.. 


Thursday, August 30, 2012

pertunangan.. boleh or x.. ?

assalamualaikum

apa khabar u olls.. hope belake sihat yek.. ok la.. da lama kan aku x update blog ni.. mujur x bersawang bagai.. haha. kalau x jenuh aku nak buang.. ok la. korang mesti masih dalah mood RAYA kan.. ehehe.. same la ngn kite ni.. kalau boleh nk blik rumah. tapi kan. jauh la.. so duk je la kat sin.. sedih ni. sok sek.sok sek.. huwaaaaaaaa.. eh. tibe2 pulak nak sedih kan.

ok, aku terfikir untuk bercerita tentang PERTUNANGANG. ha,kenapa aku mention kan pasal mnde ni yek.  aku sebenarnya terkilan dengan seorang sahabat, tapi kami bukan kawan rapat, bukan kawan sepinggan.. haha.. ayat.. aku rasa dia da menipu aku. but aku cuba sedaya yang mampu untuk bersangka baik.. tu la manusia.. susah kan nak bersangka baik. tapi lam kes ni bape kali da aku ditipu.. eh jup apa kaitan tipu dngn tunangkan.. mesti pelik.. haha

sebenarnya, aku macam terkejut.. tunang boleh 2 kali ye.. da la dengan orang yang sama. betul kah kenyataan dia.. adakah dia ada maksud lain. adakah dia x puas ati ngan aku yang berstatus 'tunang orang'.. haha.. tu la yang aku fikir.. erk.. tapi apa yang aku cakap kat atas kan... cube bersangka bai. ape2 pun thniah la.. aku x sabar nak tunggu majlis ko.. hopeberkekalan.. haha.

satu lagi yang aku nak story la.. seperti yang kita tahu la kan. bertunang ni hanya untuk membuat perjanjian antara kita dengan pasangan.. bukan untuk terus menjadi yang sah.. tapi bagi setengah orang, bila bertunang kita semua boleh bersentuhan.. erk.. bukan nak kata aku baik. yess. dulu aku teruk. but now.. nak jadi lebih baik. so.. x salah kan  nak cakap pasal ni. ok.. macam ni ceghita nya.. kawan aku bila da sah jadi tunang orang, otomatik x ley kuar ngan kitorang, pelik kan.. perlu ke terlalu mengikut kata tunang sampai kawan pun x ley nak keluar..

aku geram sebenarnya,, takkan la dia x faham, seandainya di sudah di akad. baru la ko nak ikut ckap laki tu.. ini baru tunang.. jangan terlalu mengikut. bahaya tau.. kita belum tentu akan berkahwin atau berpisah. bertunang hanya 1 jalan agar tidak ada lelaki lain yang ambik kita.. dalam islam pun mengharamkan lelaki meminang perempuan yang sudah bertunang.. tapi x bermaksud korang sesuka hati nak kongkong pasangan.. cukup la sekadar teguran. bersederhana dalam perhubungan.. itu kan lagi bagus.. so sekarang jangan la korang duk sibuk nak keluar sesuka hati ngan tunang korang.. better korang ajak kawan sebagai peneman.. semoga hubungan boleh dijaga..

eh.. sori. membebel lebih2 pulak.. tapi cuma sebagai peringatn.. ingat tahu. korang masih ada batas k.. jangan ingat korang da sah. tahniah kepada y da bertunang da bakal berkahwin.. macam mention kat diri sendiri pulak. ahhaha..

ok la.. salam olls.. 

Thursday, August 2, 2012

tempah or sewa? akhirnya

assalamualaikum, 

macam mana keadaan korang semua, da 13 hari kita puasa ramadhan kan.. rasa gembira sangat bila dapat melaksana kan ibadah  puasa pada bulan yang mulia ni.. 

da 2 minggu aku x layan blog ni. malas nk update sebenarnya.. ada je idea. p feel x sampai. hehe. ade jugak main feel kan. 

mengikut perkiraan dari sekarang, lagi 3 bulan lagi aku akan menuju ke alam yang lain.. alam apakah? erm.. haha.. alam perkahwinan.. seronok je kan dengar. tapi aku rasa macam x mampu je nk tempuh.. xkuat la der.. x kuat mana pun.. aku kena terima semua ni.. mungkin ini yang terbaik untuk aku kan.. so, insyaAllah.. aku akan menemui kebahagiaan nye kelak. jangan risau.. ( ni nak sedap kan ati je)

Btw.. sebenarnya aku nak story pasal benda lain. alik2 merapu kesini lak kan.. sebenar nya minggu lepas dengan memberanikan diri, aku dan "dia" bertemankan seorang sahabat aku yang baik pergi menempah baju untuk bersanding.. baju nikah xde lak aku nak buat kan.. baju nikah sebenarnya aku da tahu nak buat camne. tapi for sanding aku nak buat jubah and design sendiri. haha. demand tinggi kan.. macam2 la aku ni. ok la.. aku pergi pukul 11.30 dari kolej ke masjid jamek. sampai KL comfirm la jem kan.. aku ni lak jenis  x menyabar lau jam. huhu.. nasib "dia" ni jenis menyabar. kontra la aku ngn "dia" ni. haha. kitorang berjalan kat situ mencari kedai tu. perghh.. memang sesak la.. aku ni hanya bersabar je la kan. bukan senang kan nak tengok aku bersabar. haha.

berjalan punya jalan, akhirnya aku jumpa juga kedai "zackzarin". not bad la kedai nya, macam baru buka. aku tanya akak tu, kenapa kosong je. rupanya dia baru je berpindah kedai, oo. ok la.
aku tengok design die, not bad la. aku suka sebab simple dan akak ni jenis memahami ape yang aku nak. huh, x susah la aku nak explain kan. lepas 1 jam aku bincang, 'dia' ajak aku pergi cari kain kat jakel. erk???? aku termenung.. "bang oi, jakel bapok la mahal nya" monolog dalam hati. nak cakap x berani aku. huhu.. so, aku pergi jela.. sampai jakel, bincang2 punye bincang, aku pn dapat la kain yang aku nak.. cantik, tapi harga pun cantik.. huhu.. time nak bayar, dengan senag hatinya, "dia" mengeluarkan kad kredit bayar. mahal wei, aku terkejut tgok harga. dan lagi kawan aku n dia bergurau, nak beli baju raya, memang x la. banyak da duet dia abis. tak sanggup aku melihat nya.

kitorang ke kedai tadi, bagi kain dan ukur saiz badan aku yang kecik ni dan saiz badan dia. huhu.. malu teramat sangat la kan. tapi aku buat la muka selumber. macam x de apa2 berlaku. mujur dia buat2 x tau..

yang paling sedih la kan.. kitorang berbuka dalam kereta, sian kat dia la.. da la tengah drive. tapi dia akan still kata "small matter" aku diam je la. sampai kat kolej baru la kitorang makan.. erm.. baju da setlle. tunggu fitting je la kan. haha.. bersabar/..  ngeeeee.

lepas raya aku memag teramat la sibuk, kalah pm tau.. haha.

ok la.. sampai sini je.. x larat nak menaip. tu pun aku da skip.. aku lupa nak ambik design baju, so x dpt la korang nak tengok kan.. tunggu je la nanti kan.. ok la

asslamualaikum.. 

Saturday, July 21, 2012

jodoh, berjauhan, bersabar.

assalamualaikum. 
alhamdulillah, sekarang kita semua umat islam sedang dalam proses memperbanyakkan amal di bulan yang penuh barakah ni, so, x banyak la perkara yang aku nak citer. just nak bagitau, indah nya hubungan jarak jauh ni, mampu menjaga perhubungan yang terjalin, agar terselamat dari semua maksiat.. alhamdulillah. amin.. jangan risau kawan.jauh bukan bermakna kita lupa, tapi ia memberi ruang kepada kita untuk mengenal siapa kah dia dan memberi nikmat rindu yang sebenar. amin

Tidak bertemu mata..
Tidak mengungkap janji..
Tidak bermadah Cinta...

Cukuplah dengan mengingati Allah..
Cukuplah nasihat serta teguran...
Cukuplah dia punya Agama dan Iman..♥

Soal JodOh..biar Allah yang tentukan..
iya..kita merancang..Namun Allah sebaik-baik perancang...
Hati kita Allah yang punya, Hati kita Allah yang jaga...
Berdoalah, kerna itu senjata kita...♥


"...Ketika engkau perlu MEMILIH, Pilihlah PILIHAN yang mendekatkan dirimu dengan ALLAH..."


Ya ALLAH..me
Jika benar ini cinta...
jagalah hatiku agar tidak berpaling daripadaMu..

Ya Allah..
Aku rindukan dia..maka jadikan rinduku keranaMu Ya Allah..
Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu..

Ternyata kini aku semakin mengerti..
jauh ini bukan untuk menghukumku..tetapi..
jauh ini untuk MENJAGA aku dan dia...

Berjanji utk BERUBAH menjadi yg lebih baik..
Berjanji utk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Berjanji utk MENCINTAI Pencipta kami lebih dr segalanya..
Berjanji utk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Kami yakin Ya Rabb....
dengan izinMu bila tiba saatnya nanti...
Kami akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yg diredhaiMu..InsyaAllah..

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.”
( Al-Anbiya’: 89)



alhamdulillah, done for this posting. aku harap korang paham pe yang aku nak berikan. erk.. mesti korang pelikkan, sebelum ni aku banyak buat entry yang  mengarut n macam childish kan.. bukan apa.. waktu tu otak hanya fikir nak bercinta. sekarang aku da faham, seriously, aku sangat bersyukur Allah bagi ruang untuk memahami erti sebenar sebuah perhubungan,. insyaAllah, aku akan jadi yang terbaik for my 'bakal imam' ku. hihihi.. tiba-tiba malu sorang, tersengih lak depan lappy. now, i hope u all can accept.. aku nak jadi jannah yang sentiasa mendahulukan Allah,.. insyaAllah.. 

thats all.. done for this... love u alls.. smile always. 

assalamualaikum. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...